welcome

Info Terkini

இப்பள்ளியை விட்டு மாற்றலாகிய ஆசிரியர்களுக்கு வாழ்த்துகளும் நன்றியும்!! புதிய ஆசிரியர்களை வருக, வருகவென வரவேற்கிறோம்...Selamat Datang Guru-Guru Baru mulai 4.1.2011  ke SJKT Ghandiji dan kepada guru yang telah berpindah; En.M.Vijayan, En.Zainudin bin Katiman dan Cik.K.Thirumagal JASAMU TETAP DIKENANG !!!

KEM UPSR / யூ.பி.எஸ்.ஆர் கல்வி முகாம் 2010



Program Kem UPSR 2010 merupakan satu program yang mengandungi ceramah Motivasi & Teknik Menjawab Soalan UPSR 2010 bagi murid tahun 6 SJKT Bhg Tg Karang dan Daerah Kuala Selangor telah diadakan di Dewan SJKT Ghandiji, Sekinchan pada 7 hingga 11 Jun 2010. Program bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang teknik menjawab soalan UPSR yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Diharap program ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR kelak.

Sambutan Hari Guru 2010 ஆண்டின் ஆசிரியர் தின விழா

Sukan Tahunan 2010 ஆண்டின் பள்ளி போட்டி விளையாட்டு


Projek Keceriaan Sekolah

SILA KLIK UNTUK GAMBAR SAIZ BESAR

Pugal 1

Pugal 2

Mural 1
Mural 2 Mural 3 Mural 4

Mural 5
Mural 6 Mural 7

Lagu


Sejarah

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ghandiji, Parit 4, Sungai Burong diwujudkan pada tahun 1948 sebagai sebuah Sekolah Pondok di Kampong Sungai Burong oleh penduduk-penduduk dan penanam-penanam padi untuk tujuan murni iaitu memberi pendidikan kepada anak-anak petani. Pada masa itu, sekolah ini mempunyai lebih kurang 30 hingga 40 orang murid dan seorang guru pertama bernama En. S. Chelliah yang bertugas sehingga tahun 1952. Pada tahun 1953 seorang guru yang kedua bernama En. M. Muthupillai telah bertugas disekolah tersebut.

Pada tahun 1955, En. K. V. Munusamy PJK, selaku Ketua dan Ahli Jawatankuasa Kampong Sungai Burong berusaha untuk mendapat sebidang tanah bagi tujuan untuk membina sebuah sekolah yang baru ditanah tersebut. Dengan bantuan Pemungut Hasil Tanah Daerah Kuala Selangor Tuan. T. A. Borie sebidang tanah seluas 5.5 ekar telah dikurniakan oleh kerajaan untuk membina sekolah baru tersebut. Sebuah sekolah telah dibina atas tapak tanah tersebut dan diberi nama Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ghandiji, Parit 2, Sungai Burong.

En. K. V. Munusamy menjadi Pengerusi Sekolah tersebut dan pada tahun 1958, sekolah itu memperolehi seorang guru Bahasa Inggeris serta dengan seorang guru Bahasa Melayu. Pada tahun 1959, sekolah tersebut mempunyai empat orang guru sebagai tenaga pengajar.

Pada tahun 1961, sekolah tersebut telah diubahsuai bagi menampung keperluan guru sekolah dan rumah kediaman untuk guru sekolah disediakan.

Bilangan murid-murid terus meningkat dari tahun ke tahun hingga menjadi seramai 172 murid dan tenaga pengajar seramai 11 orang guru. Tahun 1981 dan 1986 dengan usahasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru, tambahan pada struktur bangunan sekolah dibina untuk bilik guru besar, bilik guru dan tiga bilik darjah.

Pada 10hb. Julai 1991 jam pukul 2.30 pagi satu kebakaran telah berlaku yang telah musnahkan hampir keseluruhan bangunan sekolah tersebut dan kesemua peralatan serta kelengkapan turut musnah.

Pada tahun 1994, dengan sokongan dan kerjasama oleh Y. B. Dato Seri Dr. S. Samy Vellu, Menteri Kerjaraya Malaysia merangkap Presiden MIC Kebangsaan dan pertolongan Y. Bhg. Dato Haji. Saidin Adam, bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang serta dengan MIC Bahagian Tanjong Karang dan PIBG Sekolah Ghandiji dengan peruntukan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia membiayai pembinaan bangunan baru sekolah dua tingkat. Dalam bangunan sekolah ini mengandungi sebuah bilik guru besar, 3 buah bilik guru-guru, sebuah pejabat pentadbiran, sebuah bilik perpustakaan, 5 kelas murid-murid dan dilengkapkan dengan kemudahan asas seperti stor, bilik bersalin, kantin dan tandas.

Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Dr. S. Samy Vellu, Menteri Kerjaraya Malaysia merangkap Presiden Malaysian Indian Congress Malaysia pada 16hb. Oktober, 1997.

Guru Besar yang berkhidmat pada masa itu ialah En. K. Kathavarayan. Pada 01.04.1998, En. Mahalinggam, mengambil tempat beliau sebagai guru besar sehingga pada tarikh 31.03.2003. Pada 02.05.2003 pula En. N. Anna Durai telah menjadi Guru Besar dan seterusnya En. M. Chelladurai meneruskan perkhidmatan pengurusannya mulai 16.11.2003 hingga 01.09.2005. Kemudian diikuti En. P. Rajakumaran telah berkhidmat sebagai Pentadbir SJK(T) Ghandiji dari bulan September 2005 sehingga Julai 2007.

Semenjak bulan Oktober 2007 sehingga sekrang, En. D. Elangkumaran telah mengambil alaih tugas sebagai Pentadbir SJK(T) Ghandiji yang baharu. Beliau sedang berusaha untuk meningkatkan prestasi dan kemajuan murid. Pada 05.01.2008 sebuah Bangunan Pra Sekolah telah dibina dan beroperasi sepenuhnya sehingga sekarang.

Berikut adalah senarai nama-nama Guru Besar yang telah berkhidmat di SJK(T) Ghandiji:-

04.01.1968 - 30.10.1987 - En. S. Perumal

05.01.1988 - 30.12.1990 - En. P. Sakthiveloo

04.01.1991 - 30.03.1998 - En. K. Kathavarayan

01.04.1998 - 31.03.2003 - En. M. Mahalinggam

02.05.2003 - 15.11.2003 - En. N. Anna Durai

16.11.2003 - 01.09.2005 - En. M. Chelladurai

01.09.2005 - 31.07.2007 - En. P. Rajakumaran

01.08.2007 - - En. D. Elangkumaran

Piagam

Kami Berjanji Akan Berusaha Untuk Memperkembangkan Keupayaan Pelajar Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Dengan Menekankan

Kepada:

Meningkatkan prestasi dan kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah.

Kewujudan suasana harmoni, kerjasama dan kekeluargaan di kalangan pelajar,guru,ibubapa dan anggota masyarakat.

Moto

"Warga Cemerlang Sekolah Gemilang"

Misi

Warga SJKT Ghandiji bertekad dan bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui peningkatan kualiti 4T:

TEKUN, TELUS, TELITI dan TEPAT

menuju ke arah kecemerlangan pengurusan pentadbiran sekolah, akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Visi

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ghandiji akan menjadi sebuah sekolah CEMERLANG di kalangan Sekolah-Sekolah Rendah Tamil Daerah Kuala Selangor menjelang Tahun 2012.